Sunday, November 2, 2008

Emo Hero Bab 26

Emo Hero Bab 26



Sabtu. Malam. Pukul 9.34 pm.

“Waaa… Arip memang sangat bergaya la!” puji Adrina tatkala beliau turun dari Toyota RAV4 miliknya. Seperti yang dirancang dan dijanjikan, kami semua berkumpul di perkarangan hostel penginapanku. Nizam pun baharu sahaja tiba bersama ‘koleksi’ terbaharunya. Aku kadang-kala berasa kasihan dengan gadis-gadis yang menggedik dengan sahabatku itu, dek berasakan bahawa mereka sudah menemui cinta yang sejati. Gedik la selagi boleh. Jangan tergeletak dalam longkang bila kena buang, sudah…

“Mana Wadi? Wawa pun tak ada.” tanya Nizam.

“Wadi pinjam motor aku nak ngambik si Wawa.” maklumku.

“Waa… Romantiknya Wadi. Arip pun patut begitu la! Patutnya Arip datang ambil Rina dengan motor, tau?” sindir Adrina.

“Eleh… Itu kau kata romantik? Aku lagi romantik daripada si tempe tu, tau?” tingkahku. Apa yang bestnya naik motor memalam buta ni? Romantik hapa! Kang silap gaya kena kencing dek langsuir. Tak pun kena taik burung hantu. Tapi aku tak pernah dengar orang kena taik burung hantu. Kenapa, ya? Salah satu lagi misteri yang tidak terungkap sehingga kiamat.

“Prove it. Tunjukkan la keromantikan de amour awak tuuuu…” sakat Adrina lagi. Minah ni nak kena ni… Aku segera berpaling mengadapnya dan memegang kedua bahu Adrina.

“Hohohooo… Now we’re talking! Okey… Lepas ni apa pulak?” cabar Adrina. Aku hanya mendiamkan diri sedangkan mataku tepat tertancap pada pandangannya.

“Tak rasa apa-apa puuun…” sakat Adrina lagi.

“Rina. Saya berasa sangat bertuah kerana ditakdirkan bertemu dengan awak… mengenali awak… menyayangi dan akhirnya mencintai awak… dan kalaulah ianya membuatkan saya menderita, maka ianya adalah lebih baik dari saya hidup bahagia tanpa merasai cinta yang sebegitu rupa.” Sebaik sahaja aku mengungkapkan kata-kata tersebut kesemua yang berada di sekeliling kami berdua seakan-akan senyap secara mutlak. Tapi memang pun, sebab diorang semua tergamam!

“Wow…” Aku berpaling ke arah empunya suara tadi. Ianya milik Alisha, teman wanita Nizam. Aku memandang pula ke arah Nizam. Ternyata sahabatku membuat muka kurang enak sambil menggelengkan kepala. Memang tak patut pun aku mengungkapkannya. Bodoh betullah aku ni! Kecik-kecik dulu mak aku bagi makan otak kerbau ke?

“I like that. Romantik. Memang romantik. Tentu ramai gadis yang makan hati dengan Arip nanti.” puji Adrina dengan senyuman lembut. Aku pula berasa kurang selesa kerana gagal membaca perasaan di sebalik senyuman tersebut.

“Habislah you Nizam…” usik Adrina sambil memandang ke arah sahabatku.

“Apa pulak? Aku pun romantik jugak, apa?” tingkah Nizam dengan perasaan kurang senang. Adrina ni… Kenapa dia nak cari pasal dengan Nizam pulak ni? Kan aku dah bagitau yang Nizam tak sukakan dia?

“Okay. Say something romantic to me.” Tiba-tiba Alisha mengutarakan permintaannya. Nizam tergamam. Begitu juga aku. Adrina tertawa kecil.

“Aaa… Er… My life’s incomplete without you by my side.” ujar Nizam dengan gaya tak keruan. Oro? Ini pertama kali aku melihatnya sebegitu rupa.

“Hmm… Not bad. Mungkin kawan sayang lagi romantik sebab dia dah lama into relationship dengan girlfriend dia.” komen Alisha. Serentak dengan itu Nizam dan Adrina tertawa. Aku pulak terkedu.

“What’s going on?” tanya Alisha.

“I’m not his girlfriend. Just a good friend. Macam Nizam juga.” maklum Adrina.

“So you sanggup cakap macam tu pada kawan perempuan you? You’re so mean, man!” kritik Alisha dengan keras terhadapku. Celaka punya betina! Baharu aje kenal dah pandai melampiaskan kata-kata yang berbisa kepadaku. Tapi yang sialnya cakap dia memang betul! Aku memang kejam sebab cakap begitu pada seorang perempuan yang menyukaiku sedangkan aku menganggapnya sebagai seorang kawan sahaja.

“Don’t ever use that kind of tone to my best friend, okay?” ujar Nizam dengan nada bengang terhadap teman wanitanya. Alisha tergamam. Adrina pula perlahan-lahan mendekati mereka berdua.

“Arif selamatkan saya. Saya tak layak diselamatkan atas apa yang saya buat padanya. Tapi dia tetap selamatkan saya. You cakap begitu tadi sebab you tak tahu. Ianya boleh dimaafkan. Tapi sekarang you dah tau. Jadi janganlah cakap begitu lagi pada orang yang telah menyelamatkan saya.” Begitu lembut sekali ungkapan Adrina. Namun bagiku ianya lebih menakutkan dari kata-kata Nizam. Dari reaksi wajah Alisha, nampaknya beliau juga sependapat denganku.

“Okey! Okey! Jangan marah Alisha lagi. Dia tak bersalah dalam hal ni. Aku yang bersalah. Nizam… berbaik-baik semula dan peluk ciumlah girlfriend kamu tu.” ujarku untuk menenangkan keadaan. Aku berpaling pula ke arah Adrina.

“I’m sorry. Maafkan saya, ya?” pintaku. Adrina tersenyum. Manis sekali senyumannya.

“Sebenarnya Rina suka dengan kata-kata Arip tadi. Okey. Cakap satu lagi benda yang romantik. Baru boleh dikira mintak mahap.” Nampaknya Adrina masih mengusikku. Atau mungkin juga beliau mahu menunjukkan bahawa beliau sebenarnya tidak kisah dengan perbuatanku tadi.

“Okey… Kini saya tak perlu lagi memandang ke langit untuk melihat keindahan kerdipan bintang-bintang kerana ianya terzahir pada kedua mata bening Rina.” ujarku.

“Whoa…” ujar Alisha.

“Whoa indeed… Rina dah cair ni, Arip! Oh my Goood!” teriak Adrina dengan perasaan teruja bercampur malu. Beliau kemudiannya tertawa manja. Pandangannya kemudian dijuruskan ke arah Nizam. Pandangan menyindir.

“Hantu kau, Rip!” bentak Nizam sambil memandang dengan perasaan bengang ke arahku. Kecuali Nizam, kami semua tertawa.

*********************************************************************
Savoir-Faire, lebih kurang 1 jam kemudian…


“Wauu… Eksklusif la tempat ni.” komen Alisha. Aku pun tergamam melihatnya. Ianya lebih pada kelab malam elit berbanding dengan bistro-bistro yang kami biasanya sondol dulu. Tapi macam kelab orang tua la…

“Mana Arip tau tempat ni?” tanya Adrina. Kelihatan beberapa pasang mata mengekori langkah kami ke meja yang telahpun ditempah. Dari pemakaian mereka, berkemungkinan besar mereka datang ke sini dari tempat kerja. Nampak macam ekssutif syarikat atau lawyer aje…

“Member saya yang rekemen. Siap dia tempahkan.” jawabku.

“The atmosphere is great. Tapi macam kelab untuk orang-orang berumur laa…” komen Adrina pula. Oro? Dia pun sependapat denganku?

“Entahnya! Macam tempat elit aje. Tentu cajnya mahal…” komen Nizam pula. Matanya sempat mengenyit ke arah salah seorang eksekutif perempuan yang juga sedang mengutuskan senyuman ke arahnya tatkala pandangan Alisha terarah ke lain. Sempat lagi tu… Buaya Kelas A sungguh!

“Jangan risau la! Kawan aku tu yang belanja. Dia akan join kita sekali. Tapi mungkin sekejap.” maklumku.

“Mana pulak laa kau kenal orang macam tu? Tentu dia loaded gila.” komen Wadi pula.

“Aku berkenalan dengan dia masa kita tengah clubbing.” jawabku.

“Bila tu? Tak pernah aku teringat kau menyembang dengan sesiapa kecuali dengan kami. Kau kelentong, ya?” tingkah Wadi dengan nada curiga.

“Just drop it, okay?” ujarku dengan nada kurang senang.

“Ceh! Sah kamu kelentong! Liar-liar… pants on fire!” kutuk Wadi. Kesemua mereka tertawa. Aku aje yang buat muka hero filem Tamil yang tak dapat menari dalam filemnya.

“Aku kenal dengan dia masa Nizam tengah mengayat Alisha. Kamu pulak Wadi… masa tu kau tengah BERAK!” balasku dengan suara yang lantang. Kami kemudiannya berdekah-dekah mentertawakan Wadi. Aweknya si Wawa jenuh menekup mulut. Kunun nak jaga hati balaknya le tu. Eleh… padan muka pun mat tempe tu. Cari geruh dengan aku lagi.

“Celaka kau. Malu la aku!” bentak Wadi. Kami terus mentertawakannya. Tiba-tiba handphone milikku berbunyi. Menandakan ada SMS yang baharu sahaja masuk. Aku segera melihatnya.

“I saw you guys just now. I guess our plan is now in motion.” Begitulah bunyi pesanan ringkas tersebut. Aku tersenyum. Namun ianya tidak kekal tatkala terasa lenganku disentuh dengan lunak.

“Siapa tu? Shaleen, ya?” tanya Adrina, si empunya jari-jemari yang masih memegang lenganku. Rakan-rakanku yang lain masih mengutuk dan mentertawakan Wadi. Aku tersenyum seraya menggelengkan kepala.

“Kawan misteri saya tu la. Saya panggil dia Marlboro Man.” jawabku dengan senyuman yang penuh bermakna.


- Bersambung -

Notakaki :

Sebenarnya mungkin ramai yang tak terperasankan bahawa setiap kali aku menukar gambar anakku yang berada di atas, maka pasti aku juga akan menukar gambar (atau gambar-gambar) yang berada kat bawah sinuuun... Tapi korang cuma dapat tengok ajelah. Nak copy-paste tak boleh. Eleh... bukannya korang nak pun kalau boleh buat begitu, ya tak?

Aku berasakan bahawa cerita Emo Hero sudah tiba ke fasa yang agak lembab. Ini bermakna bahawa berkemungkinan besar ia akan tiba ke penghujungnya lambat-laun nanti. Sahabatku si editor Liana meminta aku menghantar karya pertamaku bertajuk Pirate Lisfer kepadanya. Aku tak dapat menghantarnya atas dua sebab. Sebab pertamanya ialah aku tak siapkan lagi walaupun dah sampai ke episod penghujung. Sebab kedua ialah bila aku baca balik, aku rasa macam nak memaki hamun diri sendiri. Punyalah teruk gaya penulisan aku! Macam manalah aku dulunya boleh terperasan bahawa aku dah cukup hebat untuk bermain dengan bahasa sastera pada masa itu! Maluuuu siuuut...

Aku pasti suatu hari nanti bila aku membaca balik cerita Zero Hero, Emo Hero dan 'ahem' Hero (rahsia lagi), maka perasaan yang serupa akan menyelubungi diriku. Tapi perkara yang paling kubimbangi ialah aku tidak lagi mampu untuk membuat cerita yang baik sungguhpun gaya bahasaku pada masa itu mencecah ke tahap kesempurnaan. Maka dengan sebab itulah aku melabelkan diriku sebagai 'story teller' atau si pencerita dan bukannya 'penulis'. Aku harap ianya dapat mengingatkan diriku tentang tujuan asalku berkarya iaitu : Keseronokan... Dan kekayaan... Dan terkenal ramai aweks keliling pinggang...

Aiseh... aku memang la hipokrit kalau semata-mata kata demi keseronokan dan demi memperjuangkan sastera. Aku bukannya nak jadi lilin yang sanggup membakar dirinya demi orang lain. Tau sebabnya? Sebabnya ialah aku cumalah seorang si pencerita... bukannya penulis...

11 comments:

Tengku Wong said...

Pok: gua suka bab ni..
seorang pencerita memerlukan juga pendengar yg baik yg juga mencapai tahap kesempurnaan pendengarannya.

qaseh: suruh amik 2-2 ya..jeles la tu..kenapa xsuruh amik 3-3 dgn awak sekali.

sirah: Oo..minat ariff ya..
Ini anggap sy yg cakap bukan ariff ya "sy xperlu lg pandang ke langit utk melihat keindahan kelipan bintang sbb ia terpancar di mata awak sirah" n agak2 awak bila kita boleh couple.

reza said...

huhuhu boleh plak semalam baca x habis....adoyaiii....ermm marlboro man....kejutan utk adrina ek...best2..



p/s: alaa bro...pencerita laa lg best...sbb nyer...gaya penulisan/penceritaan yg santai..x terlalu terikat sgt....huhuhu

heart said...

kalaulah shaleen pulak cakap camtu kat arip, mauu seminggu arip x tido tuu.. :-)

bro nami, jadi penulis ke, tukang cerita ke, loyar ke, majestret ke, moralnya citer bro nami sumer best, thats for sure :-)

bhx 135 said...

hye everybody...
im new to this blog, tp tak der la baru sgt.. mula2 baca, bosan sgt2.. tp bile lame2 makin menyentuh hati dan perasaan la pulak.. if im adrina, dh sah2 setiap mlm berendam airmata... huhu

kucing_gile said...

erm...ingatkn banyak sangat part yang aku tertinggal...tapi jalan cite die agak slowla plak..nak bagi reader feel lebih kot..
huhu....tak sabo nak tau reaksi anak marlboro man tu..

Eddie said...

serius..
episod kali ni aku rase agak pendek...

tetibe...bersambung?

agaknye pasal baru balik dari dating kot....hehehe

thanks bro kasik aku ilham skit2 dlm cintan cintun ni thru citer ni hehehehe

mir said...

semakin saspen...
tak kisah la ..ko hanya pencerita...aku suka cara penulisan ko...every week aku tunggu...

QasehNuryz said...

Bro nami - suka tgk gmbr2 family bro..semua npk loving..untuk damia dpt mak dan pak sedare pnyayang.

Sirah..baik jwb soklan Tengku tu..dia dh buat statemnt brani mati tu nk kapel ngn awk hhehehe

Tengku - kamu sgt notty hahaha

si nami said...

Oi! Oi! Apahal blog aku ni jadi tempat mengorat ni... ku pepah dengan seludang nyor kang baru tau!

Tengku Wong : Kalau nak ambik ayat ngorat aku pun, jangan la tulih balik kat blog aku. Pepah dengan paper Kosmo! kang baru tau!

Reza : Berani kamu baca tak habis, ya? Pepah dengan kain pelikat Tok Dalik kang baru tau!

Heart : Kenapa sokong Shaleen pulak? Pepah dengan lidi sate kang baru tau!

Bhx 135 : Berani kamu berasa bosan masa mula-mula baca! Pepah dengan majalah Bujal kang baru tau1

Kucing gile : Berani kamu kata ceritanya slow, ya? Pepah dengan ekor kucing parsi kang baru tau!

Eddie : Berani kamu kata ceritanya pendek, ya? Pepah dengan putu mayam kang baru tau!

Mir : Berani kamu berasa saspen! Pepah dengan daun pandan pengat pisang kang baru tau!

Qasehnuryz : Berani kamu hasut sirah jawab soalan tengku wong tu! Pepah dengan bunga ros kang baru tau!

Terima kasih semua kerana menyokong cerita saya! :)

Eddie said...

wah...bro nami....
semuenye nak pepah...hebat2..kekeke
peh, lame wa tak bace majalah bujal

Sirah said...

ha??couple??apsal tetiba ade statement camni??hahaha..well..no komen..hehhee