Wednesday, October 8, 2008

Emo Hero Bab 24

Emo Hero Bab 24




Seminggu telahpun berlalu semenjak insiden aku bertemu dengan Shaleen. Adrina kini nampaknya riang seperti biasa. Aku pun berasa agak lega juga kerana kalau beliau berasa tertekan dengan kehadiran Shaleen nanti pasti ia turut memberikan tekanan kepada persahabatan kami berdua. Aku cukup benci perkara-perkara yang membuat aku tertekan ni. Itu sebabnya aku tak suka paku tekan.

Shaleen… Kini aku kerap bermain SMS dengan amoi tersebut. Mungkin sikit lagi kami main sepak takraw pulak. Apabila waktu malam tatkala selesai berborak dengan Adrina di telefon (walaupun selepas bertemu dan bersembang berjam-jam), aku pasti akan menghantar SMS atau menelefon Shaleen pula. Shaleen pasti akan memintaku menamatkan perbualan kami agar beliau boleh menelefonku. Dan kami akan berbual berjam-jam pula sehingga ke pukul 3-4 pagi. Banyak betul topik yang diperbualkan. Ada sekali tu entah macam mana boleh masuk bab tapir cacat kat Zoo Taiping pulak!

“Hai bro! Kenapa nampak monyok ni?” Sapaan lunak daripada Adrina kubalas dengan senyuman Amber Chia. Aku nak bangun dari kerusi ala-ala gentleman pun terasa malas hari ni. Adrina terus melabuhkan punggungnya di kerusi empuk yang ditempatkan di luar perpustakaan. Paha kirinya bersentuhan dengan paha kananku. Nak stim ke tak nak? Letih laa… esok ajelah stim…

“Uik! Kurang mesra, cekap dan betul la senyuman Arip hari ni.” komennya. Aii… Adrina ni sekarang dah pandai melawak ikut cara aku melawak. Gaya stail cakap pun dah macam aku.

“Aku letih dan ngantuk la, Rina.” ujarku seraya menopang mukaku dengan kedua belah tapak tangan. Kedua sikuku pula teralas pada paha.

“You looked awful. Ini tentu salah Rina sebab ajak Arip sembang dalam fon lepas kita jumpa setiap malam.” telah Adrina. Aku yang masih memekup muka menggelengkan kepala.

“Bukanlah.” balasku pendek. Tiba-tiba kedua bahuku terasa diurut dengan lembut. Ianya cukup melegakan. Pasti sahabat comelku yang buat begitu. Huu… nanti bila aku dah kahwin, aku nak suruh bini aku urut badan macam ni setiap malam. Tapi orang tua-tua kata jari pompuan ni bisa kalau mengurut lelaki. Badan lelaki boleh jadi lemah sebab bisa tu. Kalau pakai emas atau sutera kat badan pun akan dapat natijah yang sama.

“Eleh, Rina tau la… Lepas kita sembang, Arip sembang dengan Shaleen pulak kat telefon, kan?” Aku perlahan-lahan mengalihkan pandangan ke arah Adrina. Air mukaku jelas gagal menyembunyikan perasaan terkejut.

“Sharingan! Sharingan! Zzzziinngg!” ujar Adrina dengan nada melawak seraya tertawa. Aku tertawa kecil. Ternyata beliau seboleh-bolehnya mahu menghapuskan perasaan bersalah dan panikku.

“Rina marah tak?” tanyaku. Nampak tak macam dia nak mengapak dahiku dengan failnya yang tebal. Tapi dalam hati siapa yang tahu, ya tak?

“Marah sebaaaab….” tanya Adrina kembali.

“Yalah. Sebab saya tak berterus terang dengan Rina.” balasku. Adrina terdiam seketika. Kemudian bibirnya melirikkan senyuman.

“Arip nak jaga hati Rina, kan? Itu sebab yang cukup baik untuk sembunyikan hal Shaleen daripada Rina. Jadi buat apa Rina nak marah? Ignorance is bliss.” terang Adrina. Buat seketika kami hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba aku tersenyum.

“Kenapa senyum?” tanyanya setelah melihatkan bibirku yang menyengih-nyengih kepadanya.

“Tolong urut. Tadi Rina urut sedap la…” jawabku. Rina tertawa.

“Manja betul! Kalah Rina kalau macam ni!” omelnya. Pun begitu beliau tetap memicit-micit kedua bahuku dengan penuh iltizam. Lantaklah badan aku jadi lemah. Sekarang pun tengah lesu nak tidur ni.

************************************************************************
Selepas kuliah. Tiga jam kemudian…

“Betul ke kau nak Adrina pergi sama? Alaa… Lecehlah…” Aku mengerutkan muka tatkala mendengarkan protes Nizam. Mataku spontan terarah kepada Wadi. Dari mimik mukanya jelas beliau juga sependapat dengan Nizam.

“Apa pasal Adrina tak boleh ikut sama ke clubbing pulak? Bagi aku sebab-musabab yang baik.” persoalku kembali.

“Yalah! Aku dan Wadi bukannya ngam lagi dengan dia.” jawab Nizam.

“Haa… Abih tu inilah masa kome berdua nak ngam balik dengan dia.” hujahku pula.

“Susah la… Aku rasa susah nak terus berbaik dengan dia sekali bergaul aje.” hujah Nizam pula. Macam debat perdana pulak!

“Abis? Aku macam mana? Dah la korang berdua seret awek masing-masing. Aku kang terbungkang la sorang-sorang! Kalau korang berdua tak selesa dengan Adrina, habis dengan awek korang berdua tu korang ingat aku rasa selesa ke? Awek kau Wadi, si Wawa tu. Aku bukannya mesra geng bas sekolah dengan dia pun. Sembang pun ada la dua tiga patah perkataan macam burung kakak tua. Awek koleksi musim luruh kau pulak Nizam; lagi la aku tak boleh nak ngam. Entah tulat nanti kau dah tukar dengan awek lain pulak.” Aku mulalah mengeluarkan senjata terakhirku berserta nas-nas yang diluluskan oleh jumhur ulamak. Terkedu Wadi dan Nizam mendengarnya. Dan spontan hati kecilku mengetahui bahawa aku telah memenangi perdebatan ini.

Pada malam Sabtu nanti; aku, Wadi, Nizam, Wawa, Adrina dan awek Nizam akan bersama-sama clubbing di SAVOIR-FAIRE. Aku akan ada date untuk hari tersebut. Dan yang paling penting, ianya mengikut apa yang kurancangkan. Kalaulah Nizam dan Wadi tau apa yang kurancangkan, mau la aku kena makian Quiraisy Bani Sayyaaroh daripada diorang berdua!

************************************************************************
Malam tu. Pukul 12.13 am.

“Hi Shaleen. Tgh buat pe?” Begitulah mesej SMS yang telah kuhantar kepada Shaleen. Baharu saja tadi aku menghabiskan masaku bersama Adrina untuk menyudahkan assignment subjek Undang-undang Komersan. Adrina berjanji untuk tidak menelefonku selepas ini untuk membolehkanku melabun bersembang dengan Shaleen. Sporting betul minah tu. Kalau la mak aku macam dia… nanti kejap… macam tak sesuai aje ayat tu tadi! Seketika kemudian telefon selularku mula menyanyikan lagu Kucing Hitam dari kumpulan Bittersweet.

“Hello Shaleen.” ucapku.

“Hai Arif. Awal you SMS. I’m surprised.” balas Shaleen.

“Rina janji tak nak telefon dan kacau kita berdua.” maklumku.

“Oh… Bagitu.” balas Shaleen.

“Leen marahkan Rina lagi ke?” tanyaku. Keadaan senyap seketika.

“Sorry… Leen tengah geleng-geleng kepala just now.” balasnya seraya tertawa. Aku turut tertawa. Sepanjang kami berdua terputus hubungan, Shaleen rupa-rupanya berusaha untuk mempelajari cara bercakap Bahasa Melayu dengan betul. Banyak meningkat dah prestasinya. Tapi biasalah sesekali terpelecok ke gaung. Dari Bahasa Melayu kekadang tu bunyi mak cik Siam tua bercakap pulak!

“Jadi Leen tak marah kat Adrina?” tanyaku lagi.

“Tak. Leen tiada marah lagi. Mmm… hati Leen tiada simpan dendam. Betul ke cakap Leen tadi?” tanyanya.

“Hm. Saya tengah angguk-angguk kepala just now.” usikku. Shaleen ketawa. Gaya tawanya yang manja spontan membuatkan jantungku berdegup keras.

“Arif ada rancangan untuk waktu Sabtu ni tak? Leen nak jemput makan Laksa Shack di Jusco.” pelawa gadis idamanku itu. Alamak! Timing belt tak bagus! Aku nak keluar dengan Adrina ke SAVOIR-FAIRE pada hari tersebut!

“Sorry Leen. Saya ada rancangan lain untuk hari tersebut.” jawabku dengan nada serba-salah.

“Mmm.. Ada nak keluar janji temu dengan Adrina, kan?” tanya Shaleen. Keadaan senyap seketika.

“Sorry… Tadi saya angguk-angguk kepala sekali lagi.” maklumku. Shaleen sekali lagi tertawa manja.

“I’m really sorry, Leen.” ucapku lagi.

“Eh! Eeh! Tak apalah Arif! Leen tak apa-apa. Mmm.. Tak simpan dalam hati Leen ni.” ujar Shaleen. Aku berasa lega. Kami kemudiannya berborak sakan sehingga hampir mencecah ke pukul 3 pagi. Punyalah lama telefon ditepekkan ke telingaku. Hampir masak empuk cuping telingaku. Hatiku masih lagi terasa berbunga-bunga sungguhpun telah menamatkan perbualanku dengan gadis idaman hati. Aku berbaring di atas katil. Wadi dan Nizam telahpun lama berdengkur. Aku pun akan berdengkur juga tak lama lagi. Pun begitu, hati kecilku masih mendesak-desak untuk melakukan sesuatu sebelum aku melenakan diri.

“Goodnite Rina.” Begitulah ayat SMS yang kuutuskan kepada Adrina tanpa kuketahui motifku untuk perlu berbuat begitu. Selepas itu keadaan senyap sunyi. Aku dah memang mengagak Adrina telahpun lama dibuai mimpi. Namun entah mengapa aku berharap agar beliau membacanya dan kalau boleh membalasnya. Dan hatiku berasa sedikit hampa kerana apa yang kuharapkan tak-

“Dididiit…” Aku bingkas bangun lantas mencapai telefon selularku di atas meja dan menekan kekunci untuk membaca SMS yang baharu kuterima.

“Gdnite Arif. Hv a pleasant dream.” Aku tersenyum membaca SMS daripada Adrina. Aku kembali berbaring. Tidak lama kemudian kesedaranku mulai beransur-ansur menyusut. Dan tatkala aku mulai melangkah ke alam mimpi, baharulah aku terperasankan yang aku telah meletakkan telefon yang kugenggam pada dadaku dan rasa-rasanya bibirku masih lagi melakarkan senyuman.


- Bersambung -

8 comments:

QasehNuryz said...

ngeee ;p
mcm cinta 3 segi..hrp2 cinta shaleen ngn arif success la hehe
Bile nk ending ni bro nami?..x sbr lak nk tau pghujung crita

Tengku Wong said...

Pok: Alamak.. apa..leen.. leen ni, berbulu saya baca, nasib la dah tua memang berbulu la kan, Arif dah jadi mat jiwang

sis qaseh: syok la tu.. ni apahal fanatik sangat dgn shaleen tu, minat perangai dia ke atau hobi dia..Ya ALLAH ampun kan la dosa sis ni dan tunjuk kan jalan ke surga.

reza said...

wah wah wah sis..jadik pembaca pertama nampak....mmg asyik dok refresh page brader kita nie ker...wahahaah....arrr tu la leen...leen plak....adoyaiii dah mcm x syok dah ngan shaleen...syok ngan adrina plak laa....heheheh (kompem kena baling ngan heels nie kang)

heart said...

mana satu si arip ni nak pulak dah ni, konpius..konpius..

reza jeles tu dgn qaseh coz kali ni x jadi org pertama baca episod baru, selalunya dia serbu dulu :-)

tw, leen tu kan ke panggilan manja ala2 panda riang, dun tell me x tau.. :-)

si nami said...

To qasehnuryz : Ngooo... Memang macam cik heart agak laa... Cinta 3segi. Tapi cerita macam tu la yang best, kan? Cerita ni lambat lagi nak habis. Mungkin lagi panjang dari Zero Hero.

To tengku wong : Jangan keluar bulu banyak sangat. Kang jadi Wolverine. Nyiahaha!

To reza : Kamu ni reza... kejap suka si Shaleen. Kejap suka Adrina pulak. Memang macam si Arip Akmal la kamu ni! Nanti 2-3 bab nanti kamu suka balik kat Shaleen. Tengok la...

To heart : Betul tu. Shaleen skang bahasakan diri dia Leen sebab nak manja-manja panda dengan Arip le tu. Lagipun dia kan belajar cakap Bahasa Melayu? Takkan nak guna I, I lagi.

Arip tu bodoh. Kalau aku, aku ambik dua-dua buat bini. Tu la bagusnya poligami dalam Islam tuh! Wuahahaha!!!

p.s. Tapi kalau aku dah ada bini, dan aku ambik Adrina dan Shaleen buat bini, kira ada 3 bini la, ya? Oh sukanyeee...

reza said...

wahahahaha.....bukan apa laa...nampak geleman plak baca leen leen nieh...ahaks....(menjiwai sungguh laa aku nie membaca)

heart: jeles? wahahaha x dak maknanyer wehhh....(beskot cheese tart sebalang ek)

brader penulis: ahaks betul2 kalo cam tu amek dedua jer laa jadik bini...best3...kalo sini 'cuti' yg belah sana x 'cuti' blh tido ngan yg belah sana....tul tak... (sambil buat aksi kening double jerk)

Tengku Wong said...

Pok: hampir-hampir jadi Wolverine..nasib baik bulu tu kerinting..jadi David Arumugam aje

heart: Oh ya lupa la..tapi..suara tu rasanya macam Dalai Lama mintak mee hoooon semangkuk

Eddie said...

yeah....
kasik arip dapat kedue2 nye skali...

yeah...thats rite...

kalo dapat yg lagi 2 org geng rina skali tu pun orait gak...
ckup 4...waduh2....

kalo camtu la... kalo aku aripla...tak heran hidung aku meleleh darah je tiap2 hari...dapat pakej 4 org weh....ariba!!