Thursday, September 18, 2008

Emo Hero Bab 23

Emo Hero Bab 23




“Adrina. Are you okay?” tanyaku sebaik sahaja memarkirkan Toyota RAV4 beliau di tepi jalan. Adrina kini sedang mengesat kedua belah matanya dengan lengan kanan. Tapi tak pulak dia kesat hidung. Kenapa dalam komik Jepun kalau awek cun nangis keluar air hidung sekali, ah? Kat Jepun cuacanya sejuk kot?

“Rina okey. Rina cuma tiba-tiba teringatkan ayah Rina.” maklumnya. Aku hanya menatap dengan teliti wajah gadis tersebut. Adrina cuba mengelakkan renunganku dengan memandang ke tempat lain. Teringat kat bapak dia? Sebelah lutut Nicol Ann David pun aku takkan percaya! Ini tentu hal Shaleen ni. Askar Jerman boleh la kau tipu, Rina! Namun aku mengambil keputusan untuk tidak bertanya dengan lebih lanjut. Tampak jelas sahabat comelku itu terganggu fikirannya. Aku meletakkan tangan kiriku ke bahu kanan Adrina dan meramas lembut untuk menenangkan perasaannnya. Adrina memandang ke arahku dan menggenggam pula tanganku itu dengan tangan kirinya.

“Thanks.” ujarnya sambil tersenyum. Hatiku dapat merasai kepahitan pada senyuman tersebut. Sahih al-Bukhary dia terganggu tentang hal Shaleen ni! Aku kembali meneruskan perjalanan ke UNISAS.

“Arip, boleh tak hantar Rina terus balik ke rumah. Esok kita nak tengok wayang, kan? Arip bawa balik aje SUV Rina ni balik ke UNISAS.” Tiba-tiba Adrina mengemukakan saranan yang boleh membuatkan Mak Temah menyembur sogeknya!

“Biar benar kau ni! Kang apa-apa jadi pada SUV ni kang, macam mana?” tanyaku untuk menduga. Tapi dalam hati syok jugak! Boleh la aku menayang pada awek-awek kat UNISAS tu!

“Arip bawa SUV ni okey apa? Rina confident la..” jawab gadis tersebut.

“Bawak bila kau ada memang la hati-hati.” ujarku.

“Oo… Kalau tak ada tuan SUV ni baru la bawak macam hantu?” tanya Adrina. Aku menoleh ke arahnya. Senyuman mengusik jelas melirik di bibirnya.

“Bukan sebab itu la! Saya bawak SUV ni dengan hati-hati sebab saya tak mau apa-apa yang buruk terjadi pada Rina.” tingkahku untuk mempertahankan diri. Keadaan sunyi seketika daripada perbualan.

“Sayang juga Arip pada Rina, ya?” Tiba-tiba Adrina bersuara.

“Tentu la! Ek-” Alamak! Aku macam dah tersalah pilih ayat pulak. Time ni yang buat aku berharap sangat agar dilahirkan sebagai Ultraman. Ultraman semuanya bisu. Cuma tau membentak Hep! Hep! aje. Suasana kekok mulai menjalar di setiap inci SUV tersebut. Masing-masing kini hanya mampu untuk berdiam diri sahaja.

***************************************

Lebih kurang 17 minit kemudian…

Akhirnya kami selamat tiba di rumah Adrina. Kalau tak silap, ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke rumah agam tersebut. Kali pertama ialah masa parti sambutan hari lahir Adrina. Hari yang cukup tak ingin kukenangi. Aku masih gagal mengurangkan perasaan kekagumanku sungguhpun pernah melihat rumah tersebut sebelum ini. Toyota RAV4 milik Adrina kini telah diparkirkan di lobi tempat aku hampir dilanggar oleh Evo si Shaleen.

“Thanks. Esok kita jumpa lagi. Jangan lewat, tau?” pesan Adrina. Aku menganggukkan kepala. Adrina membuka pintu SUV tersebut.

“See ya. Bye!” ucapnya.

“Bye Rina.” balasku kembali. Adrina tersenyum lantas menutup pintu. Aku hanya memerhatikan langkah-liuknya yang kini menuju ke arah pintu utama rumah tersebut. Tidak sampai beberapa saat kemudian aku tiba-tiba sahaja terus keluar dari SUV tersebut dan berjalan menuju ke arah Adrina.

“Rina! Rina!” seruku. Langkah Adrina terhenti, sedangkan langkahku kini semakin menghampirinya.

“Kenapa Arip?” tanya Adrina tatkala derap kakiku berhenti betul-betul di hadapannya. Baharu sahaja aku mahu membuka mulut tiba-tiba pintu utama terbuka dengan bunyi kuakan yang secara tidak langsung mengganggu mood aku untuk berbicara. Kacau betul! Aku pungkang dengan botol oren kang! Aku memandang ke arah pintu. Seorang wanita dalam lingkungan umur lewat 40’an terpacul di jenang pintu tersebut. Iras wajahnya mengesahkan wanita itu sebagai ibu Adrina sungguhpun inilah kali pertama kami bertemu. Dah tua pun cantik lagi, siul! Mesti ada bela ‘anak ikan’ ni…

“Ibu dah agak Rina yang balik.” ujarnya.

“Ibu, ini kawan Rina. Arif Akmal.” maklum Adrina untuk memperkenalkan diriku kepada ibunya. Alaa… tak payah la bagitau nama sebenar. Sebut nama penuh pulak tu! Lain kali bagitau aje gelaran aku iaitu ‘Wira Tunggal di Gunung Zu’.

“Selamat malam. Apa khabar, puan?” sapaku. Kena la sopan-santun sikit. Kang buatnya dia lepaskan Rottweiler untuk pokah dagingku sebab kurang ajar dengan dia kang, tak ke naya? Ingat rumah orang Melayu besar gedabak macam ni tak bela anjing pengawal ke? Kurang-kurang mesti ada bela angsa!

“Khabar baik, nak. Panggil saja saya ni mak cik.” balas ibu Adrina. Waa… mak Adrina ni baik dan merendah dirinya orangnya. Kalau macam ni sahih dia tak bela Rottweiler. Selamat daging punggung pejalku!

“Arip nak bagitau Rina apa tadi?” tanya Adrina untuk menamatkan basa-basi perbualan. Alamak! Dia ingat lagi la…

“Tak apalah. Lain kali saya bagitau.” jawabku.

“Okey…” balas Adrina dengan nada agak kecewa. Perasaan tersebut jelas terpapar pada wajahnya. Aii… Ni yang malas ni. Kang mesti nangis manja lara lagi ni nanti. Gasaklah ada mak dia ke tidak. Aku kena juga bagitau sekarang.

“Sebenarnya saya nak bagitau Rina… Kalaulah saya kena pilih antara Rina dengan Shaleen, saya tetap pilih Rina. Saya pernah hampir hilang sahabat baik dulu sebab cinta. Saya tak akan ulangi kesilapan yang sama. Jadi Rina janganlah bersedih dan susah hati. Saya tak akan tinggalkan Rina. Rina lebih penting dari cinta saya. Itu yang saya nak cakap.” ujarku. Keadaan seolah-olah menjadi sepi seketika. Gadis di hadapanku benar-benar terperanjat sehingga tidak tahu bagaimana untuk membalas kata-kataku tadi.

“Okeylah. Saya nak balik sekarang. Esok kita-” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Adrina menerpa dan memelukku seerat-eratnya. Giliranku pula tergamam dan termangu-mangu. Gila minah ni! Depan mak dia berani nak dakap aku! Sahih kena piat telinga kejap lagi ni. Aku pulak kena pepah dengan penyapu laman.

“Thank you.” bisiknya pada telingaku. Memang sah dia susah hati tadi sebab takut kehilanganku. Rasa bangga Zeus pulak sebab awek cantik susah hati takut kehilanganku. Adrina kemudiannya melepaskan rangkulannya dan terus berlari masuk ke rumah. Namun beliau berhenti seketika di jenang pintu dan menoleh ke arahku. Senyuman manis dilemparkan ke arahku yang masih bungkam sebelum gadis tersebut masuk ke dalam. Eleh, macam awek filem Hindustan pulak gayanya. Ni banyak menonton siaran Zee kat Astro la nih!

“So… You’re the infamous Arif Akmal?” Komentar daripada ibu Adrina kembali memulihkan diriku dari bungkaman tadi. Aku perlahan-lahan memandang ke arahnya pula.

“Oro?” ujarku yang masih kelabu-kelabu.

“Arif, apa yang Arif cakapkan tadi memang buat Adrina rasa gembira. Tapi satu hari ayat yang sama juga akan membuat dia terluka.” ujar ibu Adrina.

“Saya tak faham.” balasku. Ibu Adrina tersenyum.

“Mak cik percaya Arif akan faham nanti.” balasnya. Aku hanya menganggukkan kepala dan kemudian meminta diri untuk pulang ke UNISAS.

*****************************************

Lebih kurang 30 minit kemudian…

Akhirnya aku selamat tiba pula ke UNISAS. Aku memarkirkan SUV Adrina dengan cermat di suatu sudut yang cukup selamat dari sebarang pencerobohan. Setelah selesai memarkir, aku mematikan enjin kenderaan tersebut dan mula termenung. Fikiranku melayang kembali kepada situasi perbualan di antara aku dan ibu Adrina. Setiap bait-bait katanya bermain-main di dalam cepu memoriku.

“Saya faham apa yang mak cik cakap. Sebenarnya saya faham…” ujarku seolah-olah menjawab kembali komentar ibu Adrina tadi. Aku memang telah mengesyaki bahawa Adrina melayani dan menganggapku lebih dari seorang sahabat baik. Buktinya Toyota RAV4 yang dipinjamkan olehnya kepadaku ini. Aku juga telah mengesyaki bahawa Adrina benar-benar menyimpan perasaan terhadapku dan bukannya bermain-main seperti dahulu. Aku dapat mengagak yang Adrina telah benar-benar jatuh cinta kepadaku.

Namun mustahil aku dapat membalas perasaannya itu dengan perasaan yang serupa. Aku menyintai gadis lain. Mana mungkin perasaan cintaku itu dengan mudah beralih kepada orang lain. Aku dahulunya memang tergila-gilakan Adrina. Namun itu bukannya cinta. Aku yang menyangka ianya adalah cinta. Sebenarnya ianya hanyalah obsesiku semata-mata. Cintaku yang sebenar buat masa ini hanyalah pada seorang gadis. Gadis tersebut adalah Shaleen.

Kata-kataku tadi telah menggembirakan Adrina tetapi akan melukakan hatinya suatu hari nanti. Namun bagiku kata-kataku itu buat masa ini bukan sahaja telah memberi impak kepada Adrina seorang malah terhadap diriku juga.

Kata-kataku itu sebenarnya secara tak langsung amat menyakitkan hatiku. Kalaulah aku terpaksa memilih, aku akan tetap memilih sahabatku. Dan pastinya aku akan menderita kerana terpaksa meninggalkan cintaku…



- Bersambung -



Nota Kaki Busuk :

Sepatutnya bab ini saya hantar pada minggu hadapan. Namun rasanya minggu hadapan jadual saya lebih padat dengan beberapa perbicaraan. Jadi sesiapa yang melawati blog saya pada hari Jumaat yang berbahagia ini bolehlah dikira sebagai bertuah.

Jadi bolehlah dianggap Bab 23 cerita ini untuk minggu hadapan. Selepas itu raya puasa. Tiada sebarang cerita akan dihantar kerana saya ingin beraya sakan. Anda semua juga eloklah beraya sakan bersama keluarga dan orang yang dikasihi. Jangan buang masa asyik melawati blog sahaja.

Di kesempatan ini ingin saya mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua pembaca beragama Islam dan selamat bercuti kepada yang selainnya. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keceriaan di hari yang dirahmati tersebut.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada di antara anda yang berasa hati dengan saya selama ini. Kalau ada, sila nyatakan. Saya akan terus meminta maaf kepada anda semua, InsyaAllah.

Jumpa lagi.

7 comments:

Eddie said...

yey...menjadi orang first bace and komen...
well, slamat berpose brader...
aku pn nak mintak ampun maaf kot2 komen2 aku kat sini selebet ke, mengguris hati sesape kat sini...al maklum la kite ni manusia... ekor pun takde.... jari tangan pun ade lima... ape nak buat kan...

selamat menghabiskan ramadhan yg dah tinggal 10 hari ni....insya Allah kite dpt jumpe LAilatul Qadar...

selamat beraye bro penulis.... raye raye oi...

reza said...

x nak komen lah bab ni...nak wish jer....hehhehehe

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dengan ingatan tulus ikhlas dari saya..... (mcm ayat dlm kad raya)

Beraya jgn sakan sgt mcm yg brader penulis ni ckp...kang lepas raya melopong plak...ahaks....

Tengku Wong said...

Pok: Ini salah satu Bab yg paling saya suka. Keperibadian arif terpancar sbg lelaki budiman yg memuliakan sahabat dari cintanya. dari lukisan gambar Rina seolah2 mirip rupa Suzuka yg digilai oleh Nobita,Suniyo & Giant, tapi dlm dunia 'Realiti' Adrina dpt digambarkan macam Kareena Kapoor atau Aishwarya Rai. Kalau dia orang jatuh cinta & berkepit dgn .... , saya tidak tahu mengapa lelaki sanggup kecewa meninggal Erra Fazira. Oh I see...jangang piransan la, Beb, gua tak minat cerita hindi tapi syok tgk heroin yg cantik dan sexy aje.. Kalau Ice blended coffee tu dituang atas perut... leng lo.. aiiyaya riba... aduuuuhai.. Alamak hai kenapa lah Majlis Peguam suka buat debat menghina Islam...? selamat Hari Raya.

Sis Qaseh: Bye..Bye.. Shaleeeeen, Kalau lah dia tahu Arif pilih Rina tentu dia bukak Kung Fu Khinzir mengawan sejenis tengah berenang kuak lentang..

QasehNuryz said...

happy joli raye pada bro nami,heart,reza n tengku wong n sume kwn2 lain

err..tengku wong..tamau la..tamau...dia kwn ngn rina..chenta sama shaleen hehe

jejaka kacak said...

nami mmg power ranger..ayat manis smpai semut lemas dalam ayaq gula...weldone la..teruja aku bca..samat berkarya..selamat hari rya.

heart said...

this chapter, i likeee :-)

selamat berayer!

hatikuSirah said...

hmm..best..kay arr..Selamat Hari Raya buat bro n family..smoga beraya sakan hendaknya..maaf zahir batin..