Sunday, August 17, 2008

Emo Hero Bab 19

Emo Hero Bab 19

Hampir sebulan sudah berlalu semenjak aku dan Adrina kembali berbaik. Kalau ikut kitaran hidup nyamuk Aedes, dah kira empat generasi berlalu tanpa sebarang pembunuhan oleh Mortein. Malah aku terpaksa mengakui bahawa aku lebih mengenali diri Adrina sekarang berbanding masa aku tertonggeng-tonggeng syok kat dia dulu. Dan yang paling ironik ialah aku menjadi lebih rapat dengannya sekarang berbanding dulu. Ironik tau, bukan erotik! Eleh, bukannya aku tak dapat agak apa yang otak kotor korang tengah pikir tadi!

Adakah aku kembali jatuh cinta terhadapnya? Secara jujurnya…entah! Aku pun tak pasti. Tapi setakat ini kami tidaklah pulak bergaduh atau merajuk-rajuk tuli tak tentu hala macam para pasangan yang dilamun cinta. Malah Adrina juga sudah tidak lagi dengan sengaja mengungkapkan kata-kata provokasi yang menjurus ke arah isu keromantikan de amor. Begitu juga tiada lagi sentuhan-sentuhan provokasi yang mampu mengocakkan hati dan sanubari. Bukannya Adrina tak pernah langsung menyentuhku beberapa kali dan begitu jugalah aku secara tak sedar (yalah tu!). Namun setakat itulah sahaja. Tidaklah kami tiba-tiba dilandai suasana kekok dan tidak selesa dengan sentuhan-sentuhan tersebut. Lagipun ianya bukanlah sentuhan berbentuk seksual sungguhpun malaikat Raqib dan Atid cukup berbulu melihatnya.

Pun begitu perhubungan kami menjadi semakin akrab dan erat. Apabila aku tidak menghabiskan masaku bersama-sama Nizam dan/atau Wadi, maka pasti masaku itu akan terluang bersama Adrina. Pergi makan bersama. Mentelaah dan belajar di laib bersama. Berkaraoke bersama. Kekadang tu clubbing bersama. Ada sekali tu curi buah mempelam epal di rumah Puan Hajjah Zainab (pensyarah Undang-Undang Syariah) pun bersama-sama jugak!

Kadang-kala aku terasa bersalah kerana bagai memperalatkan Adrina untuk memenuhi masa bosanku tatkala Wadi dan Nizam tiada. Perasaan tersebut kugemakan secara zahir apabila sedang mentelaah bersama Adrina pada suatu hari. Gadis tersebut hanya melakarkan senyuman manis dan menjawab “Rina enjoy bila dengan Arip, apa!”

Dan aku juga berasa enjoy apabila bersama dengan Adrina…

*******************************************************

“Apa benatang besar gedabak yang kau bawak tu, Rina?” tegurku dengan kemesraan decepticon tatkala ternampakkan Adrina menggendong sebuah barang berbentuk empat segi sama di kafeteria tempat kami berjanji temu.

“Wa’alaikumussalam… Rina sihat, Ariiiip. Thank you for asking.” balasnya kembali dengan sulaman senyum sindiran. Punggungnya yang pada agakanku berfigura 34 pada skala American’s Top Model segera dilabuhkan pada bangku kusam kafeteria.

“Tu diaaa! Dah pandai bergurau ala-ala ahli sufi pulaaak!” perliku kembali. Kemudian aku terus menyanyikan zikir Tola’al Badru ‘Alaina. Adrina tertawa.

“Jangan memain! Rina sekarang dah buat sembahyang Zuhur, Asar dan Maghrib, tau! Subuh dengan Isya’ akan menyusul di episod akan datang!” maklumnya dengan gaya melawakku. Aku tertawa. Memang semenjak akhir-akhir ini banyak kuperhatikan perubahan positif yang berlaku dalam hidup Adrina. Beliau sudah mula mengerjakan solat. Arak telahpun ditinggalkan sebagai minuman ruji ketika berlibur dan kini tak lagi disentuh pada setiap masa. Malah beliau tidak lagi memakai pakaian yang seksi apabila kami berjanji temu. Bab itu sebenarnya membuat aku agak kecewa sikit. Yalah… aku ni kan lelaki normal! Bukanlah aku tak berbangga dengan perubahan pemakaiannya itu, tapi kecewalah sikit! Hahahaha!!!

“I’m so proud of you!” ujarku seraya telapak tangan kananku menepuk-nepuk kepala Adrina macam gaya memuji kucing jinak di tapak ekspo. Adrina yang mungkin berasa agak malu dengan pujianku spontan mejelirkan lidah dengan mimik muka nakal.

“Apa tu?” tanyaku sambil memandang ke arah barang misteri yang dikendong olehnya. Adrina terus mengunjukkannya kepadaku.

“Ini album Rina dengan geng-geng yang dikasihi. Dalam album ni ada banyak gambar Shaleen.” Mataku terbeliak tatkala mendengarkan perkataan ‘Shaleen’ diungkapkan. Tanganku spontan terangkat persis ingin merabut terus album tersebut di tangan Adrina. Gadis tersebut ketawa besar melihatkan telatahku itu.

“Ambooi… excited betul bila mendengar nama Shaleen, ya?” sindirnya.

“Bukan sebab itulah! Manalah tau kot-kot ada gambar korang pakai swimsuit dalam tu!” ujarku membela diri. Yalah tu!

“Yalah tu!” balas Adrina. Haa… tengok! Tengok! Aku dah agak dah dia akan cakap ayat yang serupa macam korang semua. Hmh! Dasar ompompuan yang tak nak berkongsi kasih! Adrina terus menghulurkan albumnya kepadaku. Dan dengan pantas aku mula menyelak-nyelaknya. Aku terpaku. Memang banyak betul gambar Adrina bersama Shaleen. Aii… hatiku kini berasa teruja namun dalam masa yang sama turut terluka.

“Are you okay?” tanya Adrina yang melupuskan perasaan suramku. Aku turut berasa bahu kananku dipegang dengan erat.

“I really miss her…” ujarku secara sedar tidak sedar sedangkan mataku masih tertancap pada album Adrina. Buat seketika tiada sepatah kata diungkapkan oleh kami berdua. Aku yang menyedari suasana pelik tersebut spontan mengalihkan pandanganku ke arah Adrina. Gadis tersebut kelihatan agak terkejut dengan perbuatanku yang secara tiba-tiba itu.

“Malam ni kita pergi ke tempat favourite Shaleen. Mungkin dia ada kat situ.” saran Adrina. Aku terpaku seketika. Namun fikiran rasionalku telahpun mengetahui apakah bentuk jawapan yang sepatutnya diluahkan terhadap gadis di hadapanku ini.

“Tak payahlah, Rina. Memang Shaleen tak akan mahukan saya. Cinta bertepuk sebelah tangan ni memang menyakitkan. Kalaupun terjumpa dia dan dia bagi jawapan yang serupa, lagi la hati saya akan parah terluka. Cukuplah hati saya terobek buat kali ni. Rasanya masih belum pulih lagi.” balasku. Adrina menggelengkan kepala.

“Arip jangan la mudah mengalah! Orang pompuan memang macam tu. Ada yang nampak macam buat-buat tak tahu saja tapi sebenarnya memang tergila-gilakan lelaki yang dia anggap macam kawan biasa dia. Rina rasa Shaleen pun sebenarnya macam itu juga. Dia tak menangis untuk orang lelaki semenjak Rina kenal dia, tau? Tapi dia menangis sebab Arip. Dua kali pulak tu. She loves you and I’m very sure of that!” hujah Adrina untuk mematahkan kata-kataku tadi. Aku merenung ke arahnya. Ternyata gadis di hadapanku ini memang bersungguhan. Aku tersenyum.

“Thanks. Mungkin satu hari nanti. Tapi bukan sekarang. Saya tak bersedia lagi.” ujarku. Adrina menganggukkan kepala. Namun dalam masa yang sama suatu keluhan kecil tetap lolos darinya.

“Cinta bertepuk sebelah tangan ni memang hurtful, kan?” komennya. Aku mengangguk sekali lagi. Tidak kuketahui mengapa beliau perlu mengulangi kata-kataku tadi.

*********************************************

Dua hari kemudian…

Pada malam ini aku, Wadi dan Nizam menghabiskan malam kami dengan melepak di Bistro Semartilem. Aku bukannya suka clubbing. Tapi inilah masanya yang sesuai untuk kami bertiga benar-benar melepak dan berbual kosong lama-lama. Lagipun Nizam yang belanja. Dia rasa macam bersalah dengan aku. Itulah katanya. Tapi aku tak kisah pun. Kami memilih bistro ini sebab bebudak band indie suka buat gigs kat sini. Malam ni kumpulan Syuga pulak membuat persembahan mereka.

“Sungguh… Sungguh…

Kaulah tempatku berteduh…

Saat hati…

Tengah rapuh dan membusuk…

Kau beri aku erti…

Maka kutegar berdiri…”

“Memang best la diorang!” pujiku dengan suara lantang. Nizam dan Wadi turut terangguk-angguk mengikut ritma dan rentak lagu tersebut.

“Menggilaimu setengah mati…

Tanpa kuragu… Woooo…

Bahawa kaulah pilihan jitu…

Dan aku mahu… selamanya denganmu…”

Apabila tiba pada lirik tersebut, kebanyakan pengunjung ikut sama menyanyi. Begitu juga dengan kami bertiga. Tatkala selesai menyanyikan lagu tersebut, kami bangun dan bertepuk tangan serta bersorak macam chimpanzee dapat nasi lemak sambal telur. Buat seketika deejay memainkan lagu instrumental minus-one sementara kumpulan Syuga berehat.

“Aku nak terkucil la. Kat mana jamban?” tanya Wadi. Hii… macam orang tua la mamat Jawa nih! Lain kali pakai Mami Poko aje la. Aku menunding ke arah pukul dua. Sahabatku itu segera meluru ke arah tundinganku. Nak terberak gamaknya budak ni! Oro? Mana pulak si Nizam? Aku memandang sekeliling. Laa… tengah mengayat awek rupanya! Uii… boleh tahan jugak minah tu. Nampak macam awek Punjabi. Atau mungkin Pakistan. Kenyang la kau makan roti nan Nizam oii…

“Memang best la band tadi.” Tiba-tiba kedengaran suatu suara seolah-olah besembang denganku. Aku berpaling ke arah meja di sebelah kananku. Seorang lelaki yang dalam lingkungan usia 40 tahun sedang tersenyum ke arahku. Raut wajahnya sungguh segak dan macho. Aii… harap-harapnya bila aku mencecah umur macam mamat tu aku pun segak dan macho macam dia jugalah hendaknya. Yalah, masa umur itulah seorang lelaki selalunya ada banyak duit dan harta. Baharulah boleh dapat artis yang lawa macam Siti Nurhaliza. Eh, Sharifah Amani sekarang umurnya berapa, ek?

“Lagu band tu mengingatkan saya pada lagu Eight Days A Week daripada kumpulan Beatles.” ujarnya lagi. Memang sah dia tengah bersembang denganku. Senyumannya sangat ramah. Malah aku rasa macam pernah tengok dia ni. Tapi kat mana, ya?

“Memang betul! Tajuknya pun Lapan Hari Seminggu.” ujarku. Kami sama-sama tertawa.

“So… You come here for the booze or the babes?” tanya lelaki tersebut. Maksudnya sama ada aku datang untuk minum tuak atau mengayat aweks macam si badigol buaya Sarawak tu. Aku menggelengkan kepala.

“Neither. I always come here for the band. Saya tak minum. Saya tak pandai mengorat. Tapi saya suka dengar muzik. Dan saya suka berkaraoke. What about you, sir?” tanyaku pula kepada lelaki tersebut setelah menjawab pertanyaannya.

“Also for the band. And this is ice lemon tea.” jawabnya sambil menunding ke arah minumannya. Kami sama-sama tertawa.

“Tak mahu tanya kenapa pak cik yang dah tua bangka ni ada kat tempat macam ni?” tanyanya tiba-tiba. Aku tersenyum.

“Kan pak cik dah bagitau tadi? Apa salahnya datang ke sini untuk menikmati muzik dari orang-orang yang berbakat? Kalau saya jadi pak cik pun saya selalu akan datang.” jawabku. Lelaki tersebut tertawa besar.

“You’re very polite. And kind-hearted. I like you.” komennya.

“Thanks. Just to let you know… I’m not gay.” selorohku. Lelaki tersebut tertawa terbahak-bahak. Begitu juga aku. Dah macam mabuk la pulak kami ni.

“Nice to meet you. I’m Jeffery. Muhammad Jeffery.” Lelaki tersebut memperkenalkan diri seraya menghulurkan tangan kanannya ke arahku. Aku bangun dan menjabat salamannya.

Nama saya Arif Akmal. Nice to meet you too.” ujarku. Tiba-tiba lelaki tersebut menarikku ke arahnya lantas merapatkan wajahnya ke telinga kananku.

“I’m Saidatul Adrina’s father!”

- Bersambung -

Footnote :

Anakku, Damia Uzma nampaknya mempunyai bakat melukis sepertiku juga! Baharu-baharu ini dia telah men-cutex kuku tangan dan kakinya masa aku tengah lena dibuai mimpi. Bertuah punya anak! Namun semasa menyental dakwat permanent marker di kuku-kukunya, aku turut berasa kagum kerana budak berumur tiga tahun lebih sepertinya mampu mewarnakan kuku-kukunya tanpa sedikitpun terkena pada kulit.

Cerpen yang kutulis pada tahun lepas (2007) bertajuk 'Curang SMS' baharu sahaja diterbitkan di dalam Majalah Keluarga Harmoni untuk bulan ini (isu 15-30 Ogos). Aku melilau mencarinya semasa outstation beberapa hari ini. Akhirnya aku menjumpai majalah tersebut di sebuah kedai runcit yang berdekatan dengan rumahku. Aku terpaksa membacanya kembali kerana sudah terlupa bagaimana jalan ceritanya. Kini, aku mulai bersemangat kembali untuk menulis cerpen.

Akhirnya siri kartun Avatar - The Last Air Bender Book 3 (Fire) telahpun selesai kutontoni di komputer milik adikku. Bagiku, inilah siri terbaik yang pernah kutontoni selepas Naruto Shippuuden, episod Sasori bertarung dengan Sakura dan Chioba. Aku benar-benar berharap agar dapat menonton cerita seperti itu lagi.

14 comments:

reza said...

ah sudah....jumpa ayahanda adrina plak....uiiiii saspen2...



p/s: bang katun avatar tu download kat mana? hehehe asik terlepas jer laaa kat tv....hangin jer.....

reza said...

ayarkkk lupa plak....cerpen yg kat majalah tu best tak? hehehe kena carik nie majalah tu walaupun saya blm berkeluarga aka single (promote seh)....kompem rehat kang p carik kat bando.....yeehaaa

si nami said...

To Reza : Haha! Makin saspen, kan? Cerpen kat majalah tu manalah aku tau best atau tak. Kata best kang macam berlagak pulak! Kalau kata tak best nanti korang taknak baca pulak! Avatar tu adik aku yg download. Kena tanya dia.

Mohd Ridzuan said...

Umang aihh.

Ni la dua-duanya (satu lagi Zero Hero) novel yang ese baco semenjak 10 tahun yang lopeh.

Kiro boleh bagi pujian la jugak ni...

Tapi momandangkan ke"saspenan" tahap mendewa ni, buat den tak soba nak menunggu next update...bilo la yo?

reza said...

bulih copy tak avatar tu....hehehhe....

Eddie said...

Lepas jumpe bapak saidatul adrina...jumpe mak die plak...pastu jumpe atok die plak..pastu jumpe nenek die...pastu famili die...pastu jumpe ex-boypren die..pastu..gado2..pastu mati...

peh, jgn macam kat atas ni sudah bro...dah jadik citer hindustan plak...

citer avatar cite ape plak? tak pernah dgr lak citer anime tuh... kalo citer pasal karipap goreng limau kasturi , sedap la jugak...

Qaseh Nuryz said...

majalah harmoni..nk kene carik sampai jumpe ni.
nti sape2 jumpa tolon potostet cerpen tu anto kat emel leh?
-->sebenarnya d tujukan khas kat penulisnya..sharing2 la bang hehe:)

Qaseh Nuryz said...
This comment has been removed by the author.
mir said...

uik semakin saspen nie....

*citer avatar kat tv9 ..arie jumaat-ahad jam 3.30ptg.........

heart said...

great..this is interesting :-)

congrats for the published 'curang sms'..insya'allah if time permits i'll definitely find the magazine :-)

si nami said...

To mohd ridzuan : Terima kasih atas pujian tersebut. Kembang bulu ketiak aku selama sebelas poin lima enam saat tadi. Diharap agar terus menyukai cerita ini.

To reza : Aku tanya adik aku. Dia kata satu season copy ke DVD (bahasa Inggeris tanpa subtitle) RM6.00 sahaja untuk kes dan shipment.

To eddie : Alaa.. kau dah bocorkan cerita tu sampai ending. Lecehlah... Hahaha! Takkanlah aku nak buat cerita macam tu, a dak?

To qasehnuryz : Saya dah tengok blog awak. Apasal asik tunjuk gambar makanan aje? Lapo aku dibuatnya!

To heart : Saya dah tengok blog awak. Tambah lagi laa... Cerita 'Curang SMS' tu adalah tentang kes isteri curang yang semakin menjadi-jadi dewasa ini. Ompompuan mungkin kureng senang membacanya.

To mir : Aku tengok download punya. Season 3 adalah yang terakhir. Memang best!

QasehNuryz said...

Papa Damia,blog makanan tu xtvt wajib opis..
Doa Ibu Sepanjang Jalan..itu baru blog pesenel:)
mekasey sudi masukkan
kedua2 blog sy GBS!hehe

Heart,klu u jumpa curang sms tu kasi yus bace gak ek..pastu kita bleh kasi komen berdua2an

reza said...

ok bang...x der hal lah...saya nak semua season...hehehehe...mcm mana nak berurusan indie (under ground) nie...

si nami said...

To reza : bagi e-mail address kau kat aku di e-mail add aku, ya?